Pesta Suntong Kg Bako
4 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniTelah Berlangsung Pesta Suntong Bako pada 3-4 Jun 2024 bertempat di Terminal Penumpang Taman Negara Bako. Pesta yang julung kali diadakan ini melibatkan enam buah kampung sekitar. Pesta ini dirasmikan oleh Residen Bahagian Kuching , Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi.
Pesta ini berpotensi diangkat sebagai salah satu tarikan untuk dimasukkan di dalam kalendar pelancongan Sarawak. Tambahan pula katanya, pesta ini boleh menjadi platform bagi mempromosikan perkampungan Bako yang merupakan kawasan Sarawak Delta Geopark (SDGp) . Difahamkan, kira-kira 35 peserta menyertai pertandingan Mencandat Suntong yang terdiri daripada dua kategori iaitu Kategori Suntong Terpanjang dan Kategori Berat Terkumpul pada Pesta Suntong Bako 2024.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: